Jawapan mudahnya: "Seorang malas, seorang rajin bersenam." Kan??
Tapi jawapan ini tidak lengkap — dan sains menunjukkan ia tidak adil.
Perbezaan itu bermula jauh di dalam badan kita.
Orang yang hidup dengan obesiti sering dianggap tidak berdisiplin, malas, atau tidak menjaga diri. Stigma ini wujud di tempat kerja, di klinik, dan dalam kehidupan seharian.
Kajian ke atas pasangan kembar selama beberapa dekad menunjukkan bahawa antara 40 hingga 70 peratus variasi berat badan dalam kalangan manusia dipengaruhi oleh genetik. Ini bukan bermakna genetik menentukan nasib kita tapi ia bermakna sesetengah orang hidup dengan kecenderungan biologi yang berbeza.
Obesiti bersifat poligenik — ia melibatkan interaksi antara ratusan hingga ribuan genetik yang berbeza. Setiap genetik menyumbang sedikit sahaja, tetapi kesannya boleh menjadi ketara apabila bergabung.
Genetik mempengaruhi sistem-sistem dalam badan yang mengawal rasa lapar, kepuasan makan, dan cara tenaga disimpan — bukan saiz badan secara langsung.
Genetik manusia tidak berubah banyak dalam beberapa generasi. Tetapi kadar obesiti global melonjak dalam tempoh 40 tahun sahaja. Apa yang berubah ialah persekitaran kita.
Badan anda mempunyai sistem hormon yang kompleks untuk mengawal berat badan. Dua hormon utama dalam sistem ini ialah leptin dan GLP-1.
Ubat GLP-1 meniru hormon GLP-1 semula jadi yang dihasilkan usus selepas makan. Ia targetkan sistem lapar dan kenyang dari dua arah — pusat dan periferal.
Ubat GLP-1 adalah alat perubatan yang diluluskan untuk individu tertentu. Doktor menilai setiap pesakit secara individu berdasarkan kriteria klinikal.
| Kriteria Umum | Keterangan |
|---|---|
| BMI 30 ke atas | Atau BMI 27 ke atas dengan komplikasi seperti diabetes atau tekanan darah tinggi |
| Diabetes T2 | GLP-1 diluluskan sebagai rawatan diabetes dan pengurusan berat badan |
| Risiko kardiovaskular | GLP-1 mengurangkan risiko serangan jantung dan strok — serta terbukti meningkatkan fungsi jantung dan aliran darah koronari dalam kajian klinikal |
| Gaya hidup sihat | Hasil terbaik dicapai apabila rawatan disertai perubahan diet dan aktiviti fizikal |
Pertubuhan kesihatan utama dunia — termasuk WHO dan American Medical Association — mengiktiraf obesiti sebagai penyakit kronik yang kompleks. Mengubah cara kita memahaminya bukan bermakna mengabaikan tanggungjawab peribadi.
Kembali kepada soalan awal — kenapa dua orang makan makanan yang sama tetapi berbeza nasibnya? Jawapannya bukan pada disiplin. Ia pada biologi DAN persekitaran.