Kesihatan Wanita
Ramai yang ambil mudah haid tak teratur itu "normal." Atau badan kurus, jadi tak mungkin ada PCOS. Teruskan hidup macam biasa — tapi lama-kelamaan, komplikasi yang lebih serius mula timbul.
"PCOS bukan sekadar masalah haid. Ia adalah keadaan hormon dan metabolik yang boleh memberi kesan berpanjangan kepada kesihatan."
Berdasarkan kajian tempatan dan global terkiniBaca ini untuk fahami apa itu PCOS, mengapa wanita Malaysia perlu tahu lebih banyak tentangnya, dan apa yang sains terbaru sedang dedahkan.
Asas
PCOS — Polycystic Ovary Syndrome — adalah keadaan hormon yang paling biasa dalam kalangan wanita usia reproduktif. Ia berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak hormon "lelaki" (androgen), mengganggu proses ovulasi.
Tidak semua wanita PCOS akan ada ketiga-tiga tanda ini. Gejala berbeza dari seorang ke seorang.
Data
Kajian-kajian tempatan memberikan gambaran yang agak konsisten:
ANGGARAN KES PENYAKIT GINEKOLOGI PER 100,000 — MALAYSIA
Trend 1990–2019 (anggaran GBD/IHME, termasuk PCOS)
Sumber: Global Burden of Disease / Our World in Data (IHME). Data meliputi semua penyakit ginekologi termasuk PCOS.
Masalah
Dalam kajian Klang Valley 2022, daripada lebih 400 peserta wanita:
"WHO menganggarkan 70% daripada wanita yang ada PCOS di seluruh dunia masih belum didiagnosis."
World Health Organization, 2025Mengapa? Kerana kriteria diagnosis PCOS dibina berdasarkan kajian ke atas wanita kulit putih — dan gejala wanita Asia boleh kelihatan sangat berbeza.
Jurang Pengetahuan
Inilah sebab ramai wanita Malaysia terlepas pandang oleh sistem kesihatan:
Sains Terkini
Kajian terbaru mendedahkan bahawa bukan semua wanita Asia menanggung risiko PCOS yang sama. Wanita Melayu mungkin membawa keunikan tersendiri.
Kajian ke atas wanita Melayu mendapati variasi genetik pada reseptor hormon ovari (LHCGR rs13405728) dikaitkan dengan ketidaksuburan anovulatori dan risiko PCOS yang berbeza mengikut phenotype. Ini bermaksud ovari wanita Melayu mungkin memberikan respon berbeza kepada hormon.
Meta-analisis Asia mendapati variasi tertentu dalam gen ADIPOQ — yang mengawal adiponektin, insulin, dan keradangan — turut mempengaruhi risiko PCOS dalam kalangan wanita Asia.
"Wanita Melayu bukan sekadar 'wanita Asia.' Mereka mungkin membawa keunikan genetik tersendiri yang mempengaruhi risiko PCOS."
Tinjauan literature genetik PCOS Asia Tenggara, 2022–2023Lebih dari Kesuburan
Ini kesilapan besar dalam pemahaman awam. PCOS membawa risiko metabolik yang serius — terutama untuk wanita Asia yang mempunyai lemak perut lebih tinggi walaupun berat badan lebih rendah.
KESAN PCOS MELAMPAUI SISTEM REPRODUKTIF
Anggaran peratusan wanita PCOS yang terjejas
Sumber: Escobar-Morreale HF (2018); Gilbert et al. (2018); tinjauan sistematik global.
Kajian ke atas wanita Filipina mendapati mereka dengan phenotype PCOS klasik mempunyai kadar sindrom metabolik yang lebih tinggi — walaupun pada berat badan yang lebih rendah daripada wanita Barat.
Konteks Malaysia
Wanita Asia Tenggara sedang menghadapi tekanan "dua hala" — masyarakat yang bergerak pesat dari kekurangan makanan kepada lebihan makanan diproses, dalam masa yang sama berhadapan dengan tekanan bandar.
Langkah Seterusnya
Rumusan
Rujukan: Goh JE et al. (2022). Frontiers in Endocrinology. · Dashti S et al. (2019). J Midwifery Reprod Health. · Global Burden of Disease 2021 / IHME. Our World in Data — Malaysia. · WHO Newsroom (2025). Polycystic ovary syndrome.